Biodata Saidina Uthman Al-Affan Cara Perlantikan
Penentuan Mereka Yang Layak Menjadi Khalifah
Ketika hampir wafat maka Sayyidina Umar bin al-Khottab sebagai khalifah pada masa itu telah mengambil suatu tindakan yang agak berlainan sekali dengan apa yang pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w dan Sayyidina Abu Bakar dalam pemilihan kepada penggantinya sebagai khalifah yang bakal mentadbir dunia dan menjaga kesucian agama selepas kewafatannya nanti. Beliau telah menyenaraikan nama-nama calon bagi mengelak sebarang pergeseran yang mungkin berlaku sebagaimana yang pernah terjadi selepas kewafatan Rasulullah s.a.w dalam menentukan orang yang layak menjadi khalifah.Senarai itu berdasarkan kepada nama-nama sahabat yang dijamin Syurga oleh Rasulullah s.a.w. Mereka ialah Sayyidina Uthman bin Affan, Sayyidina Ali bin Abi Tholib, Saad bin Abi waqas, Zubair bin Awwam, Abdul Rahman bin ‘Auf dan Talhah bin Ubaidillah. Namanya anak beliau sendiri iaitu Abddullah bin Umar tidak dimasukkan dalam senarai tersebut kerana beliau merasakan sudah cukup hanya beliau sahaja yang menjadi khalifah daripada keluarga al-Khottab bagi memikul bebanan amanah yang berat itu. Abdullah bin Umar hanya diberi peranan sebagai calon yang bakal memberi sokongan kepada sesiapa sahaja yang terpilih dengan undian terbanyak.
Mesyuarat Pemilihan Khalifah
Selepas kewafatan Sayyidina Umar maka keenam-enam calon tersebut telah berkumpul dan bermesyuarat di sebuah rumah seorang sahabat yang bernama al-Miswar bin Makhramah. Ketika berlangsung pertemuan yang penting ini maka telah berlaku sedikit silap faham yang menyebabkan 3 orang daripada kalangan mereka telah menarik diri manakala seorang lagi tidak menghadirkan diri ke majlis itu. Akhirnya yang tinggal hanyalah Sayyidina Uthman dan Sayyidina Ali serta Abdullah bin Umar sebagai pemerhati.
Sebagaimana yang telah diwasiatkan oleh Sayyidina Umar jika berlaku keadaan begini maka Abdul Rahman bin ‘Auf diamanahkan agar mengendalikan pemilihan khalifah. Tindakan pertama yang mesti diambil ialah dengan meninjau pendapat ketua-ketua kabilah. Namun ia tidak banyak mermbantu dalam menyelesaikan masalah pemilihan ini disebabkan ada pihak yang menyokong Sayyidina Uthman dan ada pula pihak yang menyokong Sayyidina Ali.Akhirnya Abdul Rahman bin ‘Auf mengambil keputusan untuk bertemu mata dengan mereka berdua dalam menyelesaikan masalah yang rumit ini. Masing-masing ditanya oleh Abdul Rahman bin ‘Auf dengan satu soalan yang berbunyi : ” Jika engkau dilantik menjadi khalifah adakah engkau sanggup melaksanakan semua ajaran al-Quran dan Hadis nabi serta mengikut jejak kedua-dua orang khalifah sebelum kamu?”. Sayyidina Ali menjawab : ” Aku berharap agar boleh melaksanakannya setakat kemampuan aku”. Manakala Sayyidina Uthman menjawab dengan tegas dan berani dengan katanya : ” Ya! aku sanggup”. Dengan ketegasan dan kesungguhan yang telah ditunjukkan oleh Sayyidina Uthman ini maka tanpa teragak-agak lagi lalu Abdul Rahman bin ‘Auf terus melantik Sayyidina Uthman sebagai khalifah yang baru menggantikan Sayyidina Umar yang telah wafat.
Kriteria Perlantikan Sayyidina Uthman
Kesimpulan kepada cara pemilihan khalifah yang telah djalankan ini maka ia menunjukkan kepada kita bagaimana kelebihan dan kelemahan yang ada pada mereka berdua. Ini bermakna perlantikan Sayyidina Uthman sebagai khalifah bukanlah berdasarkan kepada sikap lemah-lembut yang ada padanya dan bukan juga kerana faktor usia beliau yang agak tua berbanding Sayyidina Ali. Sebaliknya pemilihan Sayyidina Uthman menurut imam al-Tobari berdasarkan kepada 2 sebab utama iaitu yang pertamanya disebabkan masayarakat Islam pada masa itu tidak mahu lagi perlantikan khalifah daripada kalangan bani Hashim di mana ia boleh membawa kepada lahirnya sistem warisan dan monarki dalam pemerintahan Islam dan boleh memecah-belahkan kaum Quraisy. Sebab yang kedua yang menyebabkan Sayyidina Uthman terpilih berbanding Sayyidina Ali ialah disebakan ketegasan Sayyidina Uthman dalam menjawab soalan dga yang dikemukakan oleh Abdul Rahman bin ‘Auf.
Akhirnya Sayyidina Uthman dibai’ahkan pada Zulhijjah tahun 23 Hijrah dan dilantik secara rasmi sebagai khalifah pada Muharram tahun 24 Hijrah. Orang yang pertama memberi bai’ah atau sumpah setia kepada perlantikan Sayyidina Uthman itu ialah Abdul Rahman bin ‘Auf diikuti oleh Sayyidina Ali dan ada pula riwayat yang menyatakan sebaliknya. Walau pun para penyokong Sayyidina Ali melahirkan sikap tidak puas hati dengan perlantikan ini namun buat sementara waktu Abdul Rahman bin ‘Auf berjaya menenangkan suasana.
Pemilihan Khalifah Melalui Sistem Syura
Berkesinambungan daripada cara perlantikan yang telah dibuat ini maka kita dapat melihat bagaimana Sayyidina Umar cuba menjauhkan diri daripada melakukan sebarang penyelewengan nepotisme dan kronisme dalam memilih penggantinya dengan melantik Said bin Zaid iaitu sepupunya dan anaknya Abdullah bin Umar sebagai pemerhati sahaja serta dikecualikan daripada calon yang bakal menjadi khalifah. Kita juga dapat melihat bagaimana antara kriteria dalam pemilihan khalifah mestilah mempunyai ketegasan dalam melaksanakan tanggungjawab serta berani menegakkan apa yang termaktub dalam al-Quran dan hadis nabi.
Dalam pemilihan penggantinya juga maka Sayyidina Umar cuba mengelak sebarang unsur monarki dengan menghalang perlantikan khalifah dari bani Hashim iaitu Sayyidina Ali sepupu nabi. Proses ini juga sebagai mengasaskan sistem syura dalam perlantikan pemimpin.
Saidina Uthman menjadi khalifah selepas Saidina Umar Al-Khattab dibunuh pada tahun 644. Beliau memerintah selama dua belas tahun iaitu dari tahun 644 sehingga tahun 656. Semasa pemerintahannya, keseluruhan Iran, sebahagian daripada Afrika Utara, dan Cyprus menjadi sebahagian daripada empayar Islam. Adalah dikatakan bahawa Saidina Uthman melantik saudaranya sebagai pentadbir jajahan baru Islam. Enam tahun pertama pemerintahannya aman manakala enam tahun terakhir pula keadaan huru-hara. Beliau berjaya menyatukan mushaf al-Quran yang berbeza-beza kepada satu mushaf mengikut susunan mushaf yang dikumpulkan oleh Abu Bakar. Hingga hari ini, kita gunakan Mushaf Uthmani. seorang sahabat nabi dermawan. Semasa di Madinah membeli telaga air dari Yahudi dan mewaqafkan ianya untuk keperluan masyarakat islam.
Pemerintahan sebagai Khalifah (644-656M) Apabila mengambil alih jawatan Khalifah,Saidina Uthman mengeluarkan beberapa arahan kepada pegawai-pegawai di seluruh kuasa sehingga, memerintahkan mereka untuk berpegang teguh undang-undang yang dibuat oleh Saidina Omar khalifah yang terdahulu. Semasa zaman Saidina Uthman tanah jajahan dilanjutkan di barat ke Maghribi, di timur Selatan timur Pakistan, dan di utara ke Armenia dan Azerbaijan. Semasa menjadi khalifah beliau menubuhkan pasukan tentera laut Islam yang pertama, bahagian-bahagian pentadbiran negeri telah disemak semula, dan banyak projek-projek awam telah berkembang dan siap. Saidina Uthman telah menghantar sahabat yang terkemuka ("sahabat Muhammad") sebagai timbalan peribadinya ke perbagai wilayah untuk meneliti tingkah laku pegawai-pegawai dan keadaan rakyat. Secara keseluruhan,Saidina Uthman memerintah selama dua belas tahun. Enam tahun yang pertama telah ditandai dengan keamanan dan ketenangan dalaman, dan beliau kekal sebagai Khalifah yang paling popular di kalangan Khulafa; tetapi pada separuh kedua khalifa pemberontakan timbul. Saidina Uthman mempunyai perbezaan dalam cara untuk mengembangkan Islam, dan dia menghantar utusan Islam rasmi pertama ke China dalam 650M. Utusan, yang diketuai oleh Sa `d ibn Abi Waqqas, tiba di ibu negara Tang, Chang'an, 651M melalui laluan luar negara. Orang-orang Hui umumnya menganggap tarikh ini untuk menjadi pengasas rasmi Islam di China. Rekod Purba dari Dinasti Tang telah mencatatkan mesyuarat bersejarah, di mana duta itu menyambut Maharaja Gaozong Tang dan cuba untuk menukar agama Islam. Walaupun Duta gagal untuk meyakinkan Maharaja memeluk Islam, Maharaja membenarkan beliau untuk masuk ke China dan mengarahkan penubuhan masjid Cina yang pertama di ibu negara untuk menunjukkan rasa hormat kepada agama islam. Uthman juga menghantar utusan rasmi Islam Sri Lanka Kemajuan Sosial Semasa Pemerintahan Saidina Uthman
A. Penduduk
Masyarakat Islam pada zaman khulafa’ Ar-Rasyidin hidup dlm keaadan aman dan harmoni.Tiga golongan masyarakat pd zaman itu ialah a. masyarakat Islam di Semenanjung Tanah Arab yang memeluk Islam sejak zaman Rasulullah. b. Masyarakat yang berada di luar tanah Arab yang memeluk Islam sejak zaman perluasan kuasa khulafa’ Ar-Rasyidin c. Golongan bukan Islam yg mendapat perlindungan (Kafir Zimmi) Semua golongan diberi hak dan kebebasan yg sama rata dlm Negara. B. Penyebaran Pendidikan Masjid merupakan institusi pendidikan yg penting. Kuttab ia;lah tempat belajar di kawasan masjid untuk kira dan kanak-kanak belajar membaca,menulis,mengira dan menghafaz Al-Quran. C. Kebajikan Pemerintah khulafa’ Ar-Rasyidin sentiasa menjaga kebajikan rakyat sama ada ug beragama Islam ataupun tidak. Contohnya,Khalifah Umar memansuhkan cukai jizyah seorang Yahudi tua yang miskin, D. Keadilan Khalifah Umar bin Al-Khattab contohnya amat bertanggungjawab & bersikap adil kpd rakyat.Dlm menguatkuasakan undang-undang, beliau tidak memilih pangkat & kedudukan seseorang.Beliau mengambil semula tanah-tanah sahabat menjadi milik Negara berdasarkan Kanun Tanah Negara AKIBAT SEKIRANYA UMAT ISLAM MEMBELAKANGKAN KEPIMPINAN KHALIFAH UMAR AL-KHATTAB
|
ADAB MENJAGA KEMUDAHAN AWAM 1. Definisi kemudahan awam: Kemudahan yang disediakan oleh pihak tertentu untuk kegunaan orang ramai Contoh : telefon awam, dewan orang ramai 2. Adab menjaga kemudahan awam Menggunakannya mengikut peraturan Bertimbang rasa dengan pengguna lain Melaporkan kerosakan Gunakan mengikut keperluan tanpa pembaziran Bertanggung jawab terhadap keselamatan kemudahan awam 3. Kepentingan/faedah kemudahan awam Individu *kemudahan kepada golongan kurang mampu *menjamin kesejahteraan hidup *membantu ketika kecemasan *menjimatkan perbelanjaan Masyarakat *menjalin hubungan silaturahim *menjalin semangat perpaduan *memupuk sikap toleransi Negara *menarik pelancong *menjimatkan peruntukan kewangan *meningkatkan ekonomi 4. Penyalahgunaan kemudahan awam a. Menggunakan paip bomba untuk kegunaan peribadi b. Membuat panggilan palsu kepada pihak polis/bomba c. Membuang sampah merata-rata d. M
q940q6iwwbg745 japanese sex dolls,penis rings,sex toys,women sexy toys,vibrators,dog dildo,sex chair,adult sex toys,sex chair t554c5kyxyj020
ReplyDeleteo584a3eovmm952 g-spot dildos,penis sleeves,cheap sex toys,sex toys,dildo,vibrating dildos,sex toys,dildos,dildos p663m8osaxz106
ReplyDeleteg249t3hiche190 cheap sex toys,dog dildo,male sexy toys,fantasy toys,male masturbator,realistic vibrators,cheap sex toys,wholesale sex toys,sex toys s334d4lvqho098
ReplyDelete