Skip to main content

PENGERTIAN HAJI DAN UMRAH SERTA PERBEZAANNYA

Soalan
Apakah yang dimaksudkan dengan haji dan umrah dan apakah perbezaan di antara dua perkara tersebut?
Jawapan
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, para isteri dan ahli keluarga baginda SAW, para sahabat baginda SAW, serta golongan yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Merujuk kepada persoalan di atas, pengertian bagi haji dan umrah ialah:
Haji dari segi bahasa ialah menuju atau mengunjungi ke sesuatu tempat. Manakala dari segi istilah bermaksud  mengunjungi Baitullah (Ka'bah) pada masa-masa tertentu (bulan haji, Zulhijah) serta melaksanakan perkara-perkara yang wajib bagi ibadah haji. (Rujuk al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah, 17 / 23)
Haji merupakan salah satu dari rukun Islam dan menjadi kewajiban kepada seluruh umat Islam lelaki mahupun wanita bagi yang berkemampuan untuk melaksanakannya dan melaksanakannya dikira wajib hanya sekali seumur hidup jika dilakukan lebih dari itu maka ia dikira sunat.
Antara dalil-dalil al-Quran dan al-Sunnah tentang kewajipan mengerjakan ibadah haji adalah seperti firman Allah SWT:
وَلِلَّـهِ عَلَى النَّاسِ حِجُّ الْبَيْتِ مَنِ اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلًا
Maksudnya: “Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya.”
 (Surah Ali-Imran: 97)
Istito’ah (berkemampuan) yang dimaksudkan pada firman Allah SWT di atas bukanlah pada kekuatan jasmani. Ini kerana jika yang dikehendaki oleh Allah SWT dengannya ialah kekuatan jasmani, maka ianya tidak perlu disebutkan kerana telah diketahui bahawa Allah SWT tidak pernah membebankan seseorang melainkan dia mampu untuk menggalasnya. (Rujuk Al-Muhalla, Ibn Hazm 7/54 dan Subul al-Salam, Al-Son’aani 2/180)
Imam Ibnu Kathir Rahimahullah berkata:" Adapun istato'ah (kemampuan) adalah kemampuan seseorang dari sudut (dia mengerjakan haji) untuk dirinya dan orang lain" (Rujuk Tafsir al-Quran  al-Azim, 1/364)
Allah SWT berfirman:
وَأَذِّنْ فِي النَّاسِ بِالْحَجِّ
               Maksudnya: “Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat Haji”
(Surah al-Hajj: 27)
Firman Allah SWT:
الْحَجُّ أَشْهُرٌ مَّعْلُومَاتٌ فَمَن فَرَضَ فِيهِنَّ الْحَجَّ فَلَا رَفَثَ وَلَا فُسُوقَ وَلَا جِدَالَ فِي الْحَجِّ
Maksudnya: “(Masa untuk mengerjakan ibadat) Haji itu ialah beberapa bulan yang termaklum. Oleh yang demikian sesiapa yang telah mewajibkan dirinya (dengan niat mengerjakan) ibadat Haji itu, maka tidak boleh mencampuri isteri, dan tidak boleh membuat maksiat, dan tidak boleh bertengkar, dalam masa mengerjakan ibadat Haji.”
(Surah al-Baqarah: 197)
Manakala pengertian umrah pula adalah seperti berikut:
Umrah pada bahasa ialah ziarah, manakala dari segi istilah yang disepakati oleh kebanyakan ulama ialah tawaf di baitullah, dan saie di antara safa dan marwah dengan ihram. (Rujuk Al-Mausu'ah al-Fiqhiyyah, 30/314)
Sebagian ulama berpendapat bahawa hukum melaksanakan umrah adalah wajib atau fardu bagi orang yang belum melaksanakan sementara dia mampu untuk melaksanakannya.
Firman Allah SWT:
وَأَتِمُّوا الْحَجَّ وَالْعُمْرَةَ لِلَّهِ
Maksudnya: “Dan sempurnkanlah ibadah haji dan umrah kerana Allah.”
(Surah al-Baqarah: 196)
Inilah pendapat yang  sahih dari mazhab Imam Al-Syafie, namun sebahagian ulama seperti Imam Malik dan Imam Abu Hanifah yang mengatakan bahawa ibadah umrah itu hukumnya sunat mu'akkad pada umrah yang pertama. (Rujuk al-Mausu'ah al-Fiqhiyyah, 30/ 315).
Dapat kami ringkaskan di sini perbezaan di antara ibadah haji dan umrah adalah seperti berikut:
  1. Haji hanya dikerjakan pada bulan haji sahaja, iaitu bermula 1 Syawal sehingga terbit fajar 10 Zulhijjah. Manakala waktu umrah pula adalah pada bila-bila masa sepanjang tahun
  2. Haji adalah wajib bagi setiap individu, manakala umrah pula adalah sunat dilakukan jika berkemampuan (mengikut sebahagian pendapat).
  3. Haji memerlukan wukuf di Arafah pada hari 9 Zulhijjah, bermalam di Muzdalifah dan di Mina serta melontar jamrah manakala umrah tiada wukuf serta perkara-perkara yang disebutkan tadi.
  4. Rukun haji ada lima iaitu ihram, wukuf di Arafah, tawaf, sa’ie dan tahallul, manakala umrah hanya empat iaitu ihram, tawaf, sa’i dan tahallul.
PENUTUP
Semoga dengan sedikit penjelasan dari kami berkenaan haji dan umrah dapat memberikan sedikit sebanyak pengetahuan kepada pembaca serta bakal-bakal jemaah haji yang akan mengerjakan ibadah haji. Kami berharap supaya setiap amalan kita diterima oleh Allah SWT dan kami turut mendoakan bakal jemaah haji selamat mengerjakan ibadah haji dan dikurniakan haji yang mabrur.
Di antara tanda-tanda haji mabrur adalah sekembalinya dari ibadah haji, seseorang itu sentiasa dalam keadaan zuhud dan merendah diri dalam hal dunia serta sentiasa bersemangat dalam mengejar akhirat. Kami berharap agar kita juga termasuk dalam golongan tersebut.
Kami akhiri Bayan Li Al-Haaj kali ini dengan sepotong doa:
اللَّهُمَّ اجْعَلْ حَجًّا مَبْرُوْرًا وَسَعْيًا مَشْكُوْرًا وَذَنْبًا مَغْفُوْرًا
Maksudnya: “Semoga Allah menganugerahkan haji yang mabrur, usaha yang disyukuri dan dosa yang diampuni.”

Comments

Popular posts from this blog

ADAB MENJAGA KEMUDAHAN AWAM

ADAB MENJAGA KEMUDAHAN AWAM 1.   Definisi kemudahan awam: Kemudahan yang disediakan oleh pihak tertentu untuk kegunaan orang ramai Contoh : telefon awam, dewan orang ramai 2.   Adab menjaga kemudahan awam Menggunakannya mengikut peraturan Bertimbang rasa dengan pengguna lain Melaporkan kerosakan Gunakan mengikut keperluan tanpa pembaziran Bertanggung jawab terhadap keselamatan kemudahan awam 3.   Kepentingan/faedah kemudahan awam Individu *kemudahan kepada golongan kurang mampu *menjamin kesejahteraan hidup *membantu ketika kecemasan *menjimatkan perbelanjaan Masyarakat *menjalin hubungan silaturahim *menjalin semangat perpaduan *memupuk sikap toleransi Negara *menarik pelancong *menjimatkan peruntukan kewangan *meningkatkan ekonomi 4.   Penyalahgunaan kemudahan awam a.   Menggunakan paip bomba untuk kegunaan peribadi b.   Membuat panggilan palsu kepada pihak polis/bomba c.   Membuang sampah merata-rata d.   M

KHULAFA' AR RASYIDDIN

Biodata Saidina Uthman Al- Affan Cara Perlantikan  Penentuan Mereka Yang Layak Menjadi Khalifah         Ketika hampir wafat maka Sayyidina Umar bin al-Khottab sebagai khalifah pada masa itu telah mengambil suatu tindakan yang agak berlainan sekali dengan apa yang pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w dan Sayyidina Abu Bakar dalam pemilihan kepada penggantinya sebagai khalifah yang bakal mentadbir dunia dan menjaga kesucian agama selepas kewafatannya nanti. Beliau telah menyenaraikan nama-nama calon bagi mengelak sebarang pergeseran yang mungkin berlaku sebagaimana yang pernah terjadi selepas kewafatan Rasulullah s.a.w dalam menentukan orang yang layak menjadi khalifah.Senarai itu berdasarkan kepada nama-nama sahabat yang dijamin Syurga oleh Rasulullah s.a.w. Mereka ialah Sayyidina Uthman bin Affan, Sayyidina Ali bin Abi Tholib, Saad bin Abi waqas, Zubair bin Awwam, Abdul Rahman bin ‘Auf dan Talhah bin Ubaidillah. Namanya anak beliau sendiri iaitu Abddullah bin Umar tidak

IMAM SYAFIEE

AL-IMAM AS-SYAFIE RAHIMAHULLAH RIWAYAT HIDUP AL-IMAM AS-SYAFIE RAHIMAHULLAH 1.        Riwayat hidup Al-Imam As-Syafie: Aspek Huraian Nama sebenar Muhammad bin idris bin al-abas bin uthman bin syafi’ bin as-Saib Tarikh lahir Pada bulan rejab tahun 180 Hijrah/767 Masihi. Tempat lahir Di Ghazar, daerah Usqalan, Palestin. Gelaran As-Syafie menjadi panggilan masyhurnya adalah sempena nama datunya, iaitu Syafie bin Saib. Keturunan Arab Qurasiy. Tarikh meninggal dunia Tahun 204 Hijrah/820 Masihi ketika berusia 54 tahun. Tempat meninggal dunia Di Mesir, dimakamkan disebuah masjid di Arafah, Mesir 2.        Salahsilah atau asal usul keturunan Al-Imam Syafie:        Keturunannya bertemu dengan salahsilah Nabi Muhammad S.A.W pada sebelah datunya, iaitu Abdul Manaf( datuk ke-3 baginda S.A.W dan ke-7 Al-Imam As-Syafie).        Ibunya benama Fatimah Binti Abdullah Bin Hassan Bin Ali Bin Abi Talib.        Ibubapanya berasal dari Mekah. 3